PUTRAJAYA: Hampir 50 penunggang perkhidmatan p-hailing hadir bagi menyerahkan memorandum mengenai nasib mereka kepada Kementerian Pengangkutan (MoT) di sini. Kumpulan berkenaan diwakili oleh Mohd. Ali Nafiah menyampaikan tuntutan tersebut yang diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MoT, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid. Bercakap kepada pemberita, wakil penunggang itu mendakwa isu kebajikan mereka tidak dipedulikan sesiapa sejak kadar baharu dikuatkuasakan operator p-hailing bulan lalu. “Kami berterima kasih kepada pihak MoT dan…