Mesyuarat khas JSSEZ bincang pelarasan Persekutuan - Johor

Mesyuarat khas JSSEZ bincang pelarasan Persekutuan – Johor

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu mesyuarat khas berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) akan diadakan antara Kerajaan Persektutuan dan Kerajaan Negeri Johor pada 28 Februari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.

Beliau berkata, mesyuarat khas itu antara lain akan membincangkan pelarasan membabitkan beberapa kementerian utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara kementerian terbabit ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).

“Ini adalah usaha kerajaan untuk mempercepatkan perbincangan mengenai zon khas itu supaya penubuhannya dapat dipercepatkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri dan akan turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta barisan exco kerajaan negeri.

Sebelum ini, penganalisis ekonomi menjangkakan JSSEZ akan dibangunkan di kawasan Sedenak, Johor dengan keluasan 2,950 hektar.

Menurut analisis sama, JSSEZ akan dibangunkan di atas tanah milik Johor Corporation (JCorp) yang juga anak syarikat kerajaan negeri Johor.

Cadangan membangunkan zon ekonomi khas itu sebelum ini dilaporkan mampu menjadikan Johor seperti bandar raya Shenzhen di China, yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi zon ekonomi khas.

Shenzhen telah berubah daripada sebuah bandar kecil berpenduduk kira-kira 300,000 orang kepada bandar metropolis antarabangsa berteknologi tinggi dengan populasi lebih 17 juta hanya dalam tempoh empat dekad – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×