Martha Stewart tolak pembedahan platstik, hanya ambil botoks, filler - Utusan Malaysia

Martha Stewart tolak pembedahan platstik, hanya ambil botoks, filler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Personaliti televisyen (TV), Martha Stewart, 82, menolak dakwaan yang kononnya beliau melakukan pembedahan plastik untuk mencegah penuaan.

Martha atau nama sebenarnya Martha Helen Stewart menerusi rancangan podcast di iHeartRadio sebaliknya memaklumkan beliau hanya mengambil suntikan botoks, fillers dan rawatan laser untuk kelihatan muda. 

“Ramai yang memberi reaksi terhadap gambar selfie yang saya muat naik di Internet. Kebanyakan juga yang bertanya adakah saya melakukan pembedahan untuk menegangkan wajah dan siapa doktor serta bila saya melakukannya.

“Pada masa yang sama, mereka juga bertanya adakah semua gambar saya disunting? Kali ini saya mahu berterus terang.

“Saya tidak melakukan apa-apa yang rumit. Tiada pembedahan dan jahitan, hanya langkah pencegahan yang amat saya galakkan kerana terbukti membuatkan penampilan saya menjadi lebih baik,” katanya dalam The Martha Stewart Podcast.

Martha dalam podcast tersebut ditemani ahli dermatologi, Dr. Dan Belkin.

Personaliti TV dengan nilai kekayaan mencecah AS$400 juta itu pada Mei tahun lalu mencipta sejarah sebagai wanita tertua yang dipilih menghiasi sampul hadapan majalah Sports Illustrated.

Martha dalam masa yang sama memaklumkan beliau tahu bagaimana untuk menjaga penampilannya serta rawatan kecantikan yang sesuai untuknya.

Namun tegasnya, dia tidak akan memilih pembedahan plastik untuk kekal cantik. – ET

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN