KOTA TINGGI: Seorang lekaki warga Bangladesh ditahan selepas tular rakaman kereta Nissan Almera dipandu secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 43 tahun itu memaklumkan tindakan membawa kenderaan secara songsang itu adalah kerana tiada lesen. “Tular kejadian memandu secara berbahaya kira-kira pukul 2.30 petang di mana Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi…










