KUALA LUMPUR: “Setiap hari kami menerima panggilan daripada remaja ‘terlanjur’ yang merayu diberikan perlindungan.” Itu pendedahan pemilik Pertubuhan Kebajikan Nur Hati (PKNH), Mohamad Zaid Mohamad Shah berhubung realiti sebenar golongan bawah umur yang semakin ramai terjebak dalam kancah sosial. Situasi seumpama itu dihadapinya setiap hari selepas beliau secara sukarela dan atas dasar ihsan menyediakan ruang transit sementara bagi menempatkan remaja hamil luar nikah yang tidak ada tempat perlindungan sejak ditubuhkan…