BUKIT MERTAJAM -Hentikan aktiviti penjualan minyak petrol dalam botol minuman secara terbuka dengan segera. Itu arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang terhadap beberapa penjual bahan api tersebut di sekitar kawasan Teluk Kumbar baru-baru ini. Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, hal ini demikian kerana, hampir semua penjual yang dianggarkan berusia antara 40 hingga 70 tahun itu tidak memiliki permit untuk menjual…