PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Amanda Tan, 30, tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya bersama sebuah syarikat gergasi tempatan lebih satu tahun lalu semata-mata untuk menjadi pelakon sepenuh masa. Malah gadis kelahiran Ipoh, Perak ini berkata dia bersyukur kerana akhirnya dia dapat melakukan sesuatu yang sesuai dengan minat dan keinginannya. “Kerja sebagai pelakon memang mencabar kerana tawaran berlakon tak datang setiap masa. Dan tentunya keadaan itu memberi kesan terhadap kewangan saya.…










