ARAU: Harga bawang merah di sekitar negeri ini menunjukkan sedikit kenaikan namun kadar tersebut tidak terlalu ketara dan membebankan khususnya menjelang Tahun Baharu Cina. Buat masa ini, harga bawang merah di peringkat pemborong dan peruncit adalah sekitar RM7 sehingga RM10 bagi sekilogram. Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norazah Jaapar berkata, situasi itu adalah berikutan negara India yang mengambil tindakan untuk menghentikan pengeksportan bawang…










