Jenazah Tun Taib Mahmud tiba di Kuching

Jenazah Taib Mahmud tiba di Kuching

JENAZAH Allahyarham bekas TYT Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4:25 petang tadi dan kemudiannya dibawa ke kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya Jalan Bako
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING:  Jenazah Bekas Yang di-Pertua  Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) tepat pada pukul 4:25 petang hari ini.

Jenazah diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 Hercules yang berlepas pada 1.58 tengah hari tadi.

Seterusnya jenazah akan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Petra Jaya di Jalan Bako.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (Dun) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Terdahulu Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg dalam satu sidang media semasa menunggu ketibaan jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di LTAK berkata, jenazah Tun Taib Mahmud akan dibawa ke DUN Sarawak esok.

“Bangunan DUN merupakan simbol kepercayaan Allahyarham terhadap demokrasi.

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai seorang tokoh yang bijak menganalisis dan memahami falsafah kehidupan.

Jelas Abang Johari lagi, Tun Taib mempunyai sumbangan luar biasa dengan figura hebat negara ini mempunyai institusinya sendiri oleh kerana khidmat beliau yang begitu cemerlang sekali.

Malah, katanya nama kawasan perindustrian Samalaju dan Samajaya merupakan cetusan Allahyarham Tun Taib juga adalah berlandaskan falsafah.

“Samajaya idea beliau, nama itu bermaksud sama-sama berjaya.

“Samalaju pula falsafahnya ialah bersama-sama, momentum sama. Kita lihat nama pun ada falsafah di sebaliknya,” kata Abang Johari dalam sidang media di Bilik Media, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia awal pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.40 pagi pada usia 87 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya