ALOR SETAR: Jenazah Mohd. Azraai Khor Abdullah yang meninggal dunia, hari ini selamat dikebumikan kira-kira pukul 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini. Terdahulu, jenazah bekas ketua jurulatih Kedah dan Harimau Muda itu dibawa dari sebuah pusat perubatan swasta ke rumahnya di Kampung Alor Semadom, sebelum disembahyangkan di Masjid Sultanah Bahiyah. Allahyarham meninggalkan balu, Rohani Ibrahim, 64, dan tiga anak iaitu Mohd. Firdaus, 32; Siti Fairuz, 31,…










