KUANTAN: Isu turapan tidak rata, bergelombang, permukaan jalan teruk di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dan 2 seperti tidak mendapat perhatian pihak berwajib walaupun kerap kali disuarakan permasalahan tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah mendakwa, keadaan jalan di lebuh raya itu seperti tidak diselenggara dengan baik sehingga boleh mengancam keselamatan pengguna. “Jalan raya yang dipenuhi takungan air semasa hujan memberi kesan…