PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya ada menerima bukti dokumen nasab seorang lelaki bernama Muhammad Amin al-Idrisi yang didakwa berketurunan Rasulullah SAW.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan hari ini.
“Susulan kenyataan yang dibuat pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab ‘Mawla Amin’ yang memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada pihak Jakim, dimaklumkan bahawa Jakim tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” kata kenyataan itu.
Dilaporkan, pengurusan Nur Al Mustafa Malaysia sebelum ini mendakwa, pihaknya pernah menyerahkan ‘bukti’ susur galur keturunan individu yang dikenali sebagai Mawla Amin itu pernah diserahkan kepada Jamim Pulau Pinang dan Melaka bagi mendapatkan tauliah ceramah. – UTUSAN











