Isu kejatuhan ringgit tidak dibincang, BNM sudah ulas - Fahmi

Isu kejatuhan ringgit tidak dibincang, BNM sudah ulas – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu kejatuhan nilai matawang ringgit tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang akhbar hari ini yang turut menjelaskan isu itu telah dijelaskan panjang lebar oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour semalam.

Katanya, isu sama juga telah diulas oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, beliau juga ambil maklum mengenai cadangan segelintir pihak supaya kerajaan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk mengukuhkan nilai ringgit.

“Saya ambil maklum ada segelintir mengeluarkan pandangan mahu BNM menaikkan kadar OPR. Saya kira itu bukan cara untuk membantu rakyat ketika ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan bahawa kenaikan OPR akan memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri sangat cakna cakna tentang perkara ini dan beliau rasa itu bukan satu langkah yang baik ketika ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, ia (keputusan menaikkan OPR) terserah kepada BNM untuk diputuskan.

Sebelum ini, ada pihak menggesa supaya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk memberikan jawapan kepada faktor kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dilaporkan berkata, prestasi semasa ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran sama seperti mata wang serantau lain. – UTUSAN

J

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN