'Ibu ayam', dua pelacur direman tujuh hari - Utusan Malaysia

‘Ibu ayam’, dua pelacur direman tujuh hari

Ibu ayam
POLIS membuat serbuan sebuah premis yang dijadikan pusat pelacuran dekat lot kedai di Banting, di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang wanita yang berperanan sebagai ‘ibu ayam’ dan dua pelacur warga Indonesia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, tempoh reman ke atas tiga suspek berusia 45 hingga 57 tahun itu bermula semalam hingga Khamis depan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kegiatan haram itu.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang diselamatkan selepas disyaki dipaksa untuk melacur turut berada di bawah perlindungan dan pemantauan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dieksploitasi dipercayai menjadi hamba seks sejak dua bulan lalu berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah lot kedai di Banting, kelmarin.

Serbuan pukul 3.30 petang itu turut menyelamatkan seorang wanita bersama bayinya selain seorang lagi kanak-kanak lelaki yang kesemuanya berusia 11 bulan hingga 25 tahun.

Operasi berkenaan dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Kegiatan ‘ibu ayam’ itu dipercayai telah aktif sejak dua bulan lalu dengan sasaran di kalangan warga asing sebagai pelanggan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya