PETALING JAYA: Kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini bermula Isnin ini. Dengan mekanisme terbaharu itu, kategori beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori beras tunggal. Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), Datuk Seri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, serentak itu kerajaan menetapkan harga siling untuk…