Gerard Depardieu berdepan tuduhan serangan seksual - Utusan Malaysia

Gerard Depardieu berdepan tuduhan serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pelakon, Gerard Depardieu berdepan satu lagi tuduhan serangan seksual mengaitkan seorang kru produksi pada tahun 2021.

Dalam laporan yang difailkan semalam, pelakon kelahiran Perancis itu didakwa turut melakukan gangguan seksual secara fizikal dan verbal terhadap mangsa ketika penggambaran sebuah filem dijalankan.

“Mangsa yang berusia 53 tahun mendakwa Depardieu merangkul dan meraba bahagian dada hingga ke pinggangnya ketika penggambaran filem Les Volets Verts dilakukan.

“Tindakan beliau ketika itu cuba dihalang beberapa individu yang menyaksikan kejadian tersebut,” kata peguam.

Terdahulu, Depardieu pada tahun 2020 dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencabul pelakon, Charlotte Arnould.

Selain Arnold, lebih 12 wanita tampil membuat pengakuan pernah dicabul pelakon itu sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN