LANGKAWI: Penerbangan terus Flydubai yang membawa penumpang dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Pulau Langkawi dijangka mampu memberi manfaat ekonomi kepada penduduk tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, penerbangan sulung pesawat yang terbang dari bandar raya termahal di Asia Barat itu tiba mulai petang semalam. Katanya, kekerapan perjalanan Flydubai yang ditetapkan buat masa ini adalah satu penerbangan pada setiap hari. “Pembukaan laluan…










