Fizi Ali berharap kes hadanah selesai hari ini - Utusan Malaysia

Fizi Ali berharap kes hadanah selesai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyampai radio, Fizi Ali, berharap kes tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri dapat diselesaikan secara baik, hari ini. 

Fizi, 37, optimis pertemuan hari ini dapat meletakkan kata sepakat antara kedua pihak terhadap hak penjagaan anaknya, Ameena Sofia, 5.

“Saya cuma mahukan Ameena dapat kasih sayang cukup daripada mak dan ayahnya. 

“Jika selesai hari ini, saya akan sangat lega, namun kita tunggu keputusan mahkamah.

“Saya positif kes ini akan selesai juga dengan bantuan peguam,” katanya.

Fizi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar pukul 9:20 pagi ditemani isteri Siti Zulaikha, dan peguam syarie, Nurhusniah Husin.

Sementara itu, Nurhusniah menjelaskan pertemuan hari ini adalah membabitkan sebutan pertama kes hadanah di hadapan pendaftar bagi mencari kata sepakat. 

“Hari ini sebutan pertama kes hadanah di hadapan pendaftar memandangkan proses sulh tempoh hari tidak berjaya. 

“Jika tiada kata sepakat, kita akan tetapkan tarikh untuk beri pembelaan. 

“Kami baru terima wakalah daripada pihak plantif, insyaAllah kita akan selesai cara baik hari ini,” katanya. 

Sementara itu, pelakon, Shakila Khoriri yang tiba pada pukul 9:25 pagi enggan mengulas lanjut dan hanya mengadu tidak cukup tidur.

“Saya okay, cuma tidak cukup tidur,” katanya.

Fizi pada 15 Disember lalu memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

Katanya, tindakan itu bukan untuk berebut anak sebaliknya mengiginkan Ammena  mendapat kasih sayang sempurna.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya