Escape Ipoh sasar 200,000 pengunjung setahun - Utusan Malaysia

Escape Ipoh sasar 200,000 pengunjung setahun

SAARANI Mohamad menandatangani plak perasmian Escape Ipoh di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Taman Inspirasi Alam Semulajadi, Escape Ipoh, Tanjung Tualang di sini dijangka dapat menarik kehadiran 200,000 pengunjung apabila dibuka sepenuhnya pada April ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Escape Ipoh merupakan tarikan terbaharu di Tanjung Tualang yang terkenal dengan tarikan menu masakan berasaskan udang galah.

“Malah, pembukaan taman tema ini dijangka merancakkan kegiatan ekonomi tempatan serta menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di negeri ini lagi-lagi sempena Tahun Melawat Perak 2024.

“Batu Gajah telah terkenal dengan tarikan pelancongan sepert Taman Alam Kinta dan Patro Resort .

“Nilai pelaburan bagi pembangunan taman tema ini dianggarkan sebanyak RM30 juta yang melibatkan kerjasama Menteri Besar Incorporated (MB Inc) sebagai penyedia tapak dan Sim Leisure Group (SLG).

“Setakat ini, kira-kira 100 anak tempatan bekerja di sini dan kita jangka jumlah itu akan bertambah apabila dibuka sepenuhnya kelak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Escape Ipoh dibina di tanah bekas lombong seluas 140 ekar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN