KUALA LUMPUR: Bekas juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman akan kembali beraksi 2 Mac ini sempena Malaysia Pro Wrestling (MYPW) 2024. Emman berkata, beliau teruja untuk bersaing dengan pemain senegara, Thommy Ardhi dalam saingan perseorangan pada perlawanan New Breed II. “Acara ini memang besar kerana kami meraikan 10 tahun gusti pro di Malaysia dan ahli gusti Malaysia akan bersaing dengan ahli gusti Australia dan Singapura juga. Selain saya,…










