JOHOR BAHRU: Dua remaja perempuan antara 70 orang yang ditahan dalam serbuan di dua buah premis hiburan sekitar bandar raya ini, semalam. Dalam serbuan yang dibuat antara 2 hingga 8 pagi itu, mendapati dua remaja yang sudah berhenti sekolah itu bersama-sama 66 individu yang lain didapati positif dadah. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah melakukan operasi khas terhadap dua premis yang…










