Dua remaja maut, kenderaan terbabas diekori JPJ

Dua remaja maut, kenderaan terbabas diekori JPJ

KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa remuk selepas terbabas dan melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Jeti SFI di Sipitang, Sabah, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIPITANG: Dua remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka terbabas ketika memecut setelah menyedari mereka diekori kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Jeti SFI Sipitang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kita pukul 5 petang itu, dua mangsa yang berusia 14 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian setelah kenderaan dinaiki terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar sebatang pokok tumbang.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superitenden Mail Sundogi berkata, dua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu lelaki berusia 19 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 14 tahun.

Beliau berkata, mangsa lain yang merupakan dua beradik mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi mangsa mengalami cedera ringan. Ketiga-tiga mangsa yang cedera berbangsa Bajau Suluk tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Katanya, polis menerima panggilan daripada anggota JPJ mengenai kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki lima mangsa daripada Speedmart 99 Merintam hendak balik ke Kampung Sibubu di Jalan SFI.

“Semasa kenderaan mangsa dalam perjalanan balik, sebuah kenderaan JPJ yang sedang bertugas melakukan rondaan mengekori kenderaan mereka daripada belakang dan memasang beacon light.

“Pemandu Proton Saga yang menyedari kenderaan JPJ berada di belakang mereka memecut dan apabila sampai di jalan selekoh menuruni bukit, kenderaan mangsa hilang kawalan hingga menyebabkannya terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kenderaan itu kemudian melanggar sebatang pokok yang tumbang di bahu jalan,” katanya semalam.

Mail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN