Dua beradik maut nahas dua kenderaan

Dua beradik maut nahas dua kenderaan

KEADAAN kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang meragut nyawa dua beradik di Jalan Kota Tinggi-Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua beradik maut manakala dua lagi ahli keluarga mereka cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, di sini kelmarin.

Mangsa, Mohamad Syahriel Aiman Darwis, 22, dan kakaknya, Nurul Saidatul Akmar, 36, disahkan maut di tempat kejadian manakala ibu mereka, Rukiah Mohd. Alwee, 61, cedera parah.

Anak lelaki Nurul Saidatul Akmar turut mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Shawaluddin Ami Nordin berkata, tujuh anggota ditugaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.33 pagi.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan, iaitu Toyota Hilux dan Proton Wira.

“Kemalangan melibatkan lima mangsa. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, dua mangsa cedera parah dan seorang lagi cedera ringan.

“Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta Proton Wira manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN