KAJANG: Lima individu ditahan polis kerana disyaki memukul seorang lelaki sehingga maut selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2 di sini, kelmarin. Lelaki berusia 42 tahun itu yang memandu Proton Saga berwarna kelabu dikatakan dikejar orang awam selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan sebelum itu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati Proton Saga dipandu lelaki berkenaan dipercayai terbabas sebelum melanggar…










