KANGAR: Perlis kini berada pada tahap berjaga-jaga ekoran suhu panas maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius bagi tiga hari berturut-turut. Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Perlis merupakan antara lapan kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) selain Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kota Setar di Kedah dan Tangkak, Muar di Johor. Malah, Perlis juga sudah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan di Stesen Meteorologi Pertanian Chuping selama 37 hari. Berikutan situasi semasa itu, kerajaan negeri menerusi jabatan kesihatan sentiasa mengambil langkah bagi memantau penyakit disebabkan cuaca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya