Bintang Rocky, Predator meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bintang Rocky, Predator meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang filem Rocky, Carl Weathers meninggal dunia pada usia 76.

Khabar duka itu dikongsi keluarganya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

“Mendiang pergi dengan tenang dalam tidur. Beliau adalah seorang abang, bapa, datuk, suami dan sahabat yang penyayang,” ujar keluarganya.

Weathers turut dikenali menerusi pembabitan dalam beberapa filem pecah panggung seperti Predator dan Happy Gilmore.

Mendiang pernah menjadi atlet ragbi sebelum terjun ke dunia lakonan pada tahun 1973.

Kehilangan Weathers meninggalkan kesan kepada industri perfileman Hollywood dengan ramai pelakon tampil menulis kata-kata penghormatan buat pelakon bertaraf legenda itu.

Sylvester Stallone yang juga bintang Rocky menyifatkan mendiang sebagai pelakon berbakat luar biasa.

“Beliau adalah magis dan saya beruntung kerana menjadi sebahagian hidupnya,” tulisnya di media sosial.

Sementara itu, seorang lagi bintang ternama, Arnold Schwarzenegger menyifatkan mendiang sebagai pelakon legenda berjiwa besar.

“Carl Weathers akan selamanya bergelar legenda. Seorang atlet luar biasa, pelakon yang berbakat dan insan yang berjiwa besar,” tulisnya di platform X.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN