NIBONG TEBAL : Lapan pemilik premis di sini telah dikenakan tindakan tegas termasuk didenda oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana membina ‘ramp’ atau lantai konkrit tanpa kebenaran. Jurucakap MBSP berkata, tindakan itu diambil dalam satu operasi penguatkuasaan di sepanjang Jalan Pekaka di sini, semalam. Terdahulu katanya, operasi itu diketuai oleh pegawai daripada Direktorat Penguatkuasaan dengan penglibatan seramai 20 anggota daripada pelbagai unit serta dibantu oleh anggota daripada Jabatan Pengurusan…