Bilik tayangan SK Senderut terbakar

Bilik tayangan SK Senderut terbakar

API sedang marak membakar bilik tayangan sebelum berjaya dipadamkan oleh anggota bomba di Sekolah Kebangsaan Senderut, Lipis. - FOTO/JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah bilik tayangan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut, Ulu Jelai, Lipis, terbakar malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Koyan telah menerima makluman mengenai kejadian itu daripada staf sekolah tersebut pada pukul 10.29 malam.

“Seramai lima anggota dari BBP Sungai Koyan dan dibantu empat anggota BBP Raub bergegas ke lokasi dengan dua buah jentera dan tiba pada pukul 1.46 pagi hari ini.

“Pegawai Operasi, Muhammad Fadly Zahari mengesahkan kebakaran melibatkan sebuah biik tayangan sementara berukuran 40 x 60 kaki persegi dan anggaran kemusnahan 100 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran host sepanjang 200 kaki dan anggota berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.23 pagi hari ini bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Ujarnya, anggota bomba selesai melakukan pemadaman dan pemantauan keselamatan sehingga operasi tamat pada pukul 4.43 pagi, sebelum anggota pulang ke balai masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN