KUALA LUMPUR: Penyanyi, Afieq Shazwan dihujani kecaman kerana mempromosikan produk makanan yang didakwa mempunyai kaitan dengan zionis.
Afieq yang dihubungi pagi tadi memaklumkan tindakan itu bukan perkara yang sengaja dibuat sebaliknya disebabkan beberapa perkara yang baginya tidak perlu diterangkan.
“Kalau boleh saya tak mahu komen tentang perkara ini. Tak berani saya nak jawab.
“Ia bukan perkara yang sengaja saya lakukan. Mahu atau tidak saya terpaksa lunaskan. Ia sekadar kerja yang perlu saya laksanakan kerana kontrak sudah ditandatangani.
“Setakat ini tiada penjelasan lanjut yang boleh saya kongsikan,” kata Afieq.
Pelakon drama Rampas Cintaku itu dikecam netizen selepas mempromosikan produk berkenaan di Instagramnya baru-baru ini.
Rata-rata netizen menyifatkan Afieq tidak sensitif dengan tindakannya itu.
“Ayam itu rasa tak macam daging yang hancur kena bom? Tak ada sensitiviti langsung,” tulis seorang pengguna Instagram.
“Makin diboikot makin ramai pula selebriti yang post,” tulis seorang lagi netizen. – UTUSAN










