91 tahanan lolos berjaya ditangkap - Utusan Malaysia

91 tahanan lolos berjaya ditangkap

DUA pendatang asing yang berjaya ditangkap polis di sebuah lokasi di Tapah petang tadi. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini mula keluar dari lokasi persembunyian mereka kerana kelaparan selain buntu akan perancangan seterusnya.

Ini berdasarkan statistik terkini tangkapan yang meningkat dengan ketara iaitu 91 orang setakat pukul 7 petang tadi daripada 131 tahanan yang lolos sejak Khamis malam, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, seramai 91 tahanan berjaya ditangkap, dua tahanan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dengan baki 38 orang masih diburu secara agresif.

“Petang tadi, dalam operasi khas polis dan imigresen telah berjaya menangkap lapan lagi tahanan di kawasan hutan Jalan Kachu Tapah, Hub Getah Bidor dan Kampung Senta Bidor.

“Pecahan tangkapan bermula 1 Februari hingga hari ini ialah 66 orang tahan oleh polis dan 25 oleh Imigresen,” katanya.

Operasi bersepadu kini memasuki hari keenam dan akan diteruskan sehingga baki tahanan yang meloloskan diri berjaya ditangkap.

Pihak berkuasa berdepan dengan tugas berat untuk mengesan baki tahanan yang lolos kerana lokasi depot itu berhampiran lebuh raya, ladang kelapa sawit, kampung, kampung Orang Asli dan aliran sungai yang menuju bandar-bandar berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×