5 negara jayakan Golf Media Antarabangsa anjuran Forest City

Lima negara jayakan Golf Media Antarabangsa 2024 anjuran Forest City

PARA pemain dari media tempatan dan antarabangsa bergambar sebelum melakulan 'tee off' di lapangan Legacy, Forest City Golf Resort, Gelang Patah, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GELANG PATAH: Kejohanan Golf Media Antarabangsa 2024 yang dianjurkan oleh Forest City Golf Resort baru-baru ini berlangsung penuh keceriaan dengan penyertaan lebih 100 pemain dari lima negara.

Cuaca panas yang menerjah sekitar jam 8 pagi itu bagaimanapun tidak menghalang para pemain yang terdiri daripada ketua jabatan, editor, wartawan dan jurugambar dari Malaysia, Singapura, China, Indonesia dan Korea Selatan, menerus dan menamatkan kejohanan.

Pertandingan yang diadakan di lapangan Legacy rekaan legenda golf dunia, Jack Nicklaus dan menghimpunkan para pengamal media tempatan serta antarabangsa itu adalah pertama kali dianjurkan oleh Forest City Golf Resort.

Acara sebegini dilihat secara tidak langsung bakal menjenamakan lagi Forest City Golf Resort sebagai sebuah padang golf dan resort yang tersohor di Malaysia, sekali gus mampu menarik minat pemain dari luar negara untuk beraksi di sini.

Timbalan Presiden Forest City, Ir. Syarul Izam berkata, objektif utama kejohanan itu adalah untuk mengukuhkan sokongan dan hubungan dalam kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, idea pada mulanya dirancang sebagai acara tahunan Forest City memandangkan kami mempunyai padang golf bertaraf antarabangsa tetapi ia terhenti apabila wabak Covid-19 berlaku.

“Bagaimanapun, hari ini adalah masa terbaik untuk menganjurkan kejohanan ini, sekali gus menghimpunkan para pengamal media tempatan dan antarabangsa di satu pentas golf di Forest City.

“Kami berbesar hati dan menghargai usaha dan kesudian semua pihak media meluangkan masa untuk menyertai kejohanan ini,” katanya dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pemain dari Media Prima,  Mahathir Mohd. Sidi muncul juara kategori gross dan Toha Dol dari Malaysia Golf dinobatkan juara kategori nett. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN