PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih mengesan 130 tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor, Perak malam semalam. Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menjalankan operasi dengan kerjasama beberapa agensi lain bagi menangkap semula kesemua tahanan itu daripada 131 orang itu. Bagaimanapun, katanya, seorang daripada tahanan itu disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya. “Seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am…