1MDB: Semua perlukan restu Najib

1MDB: Semua perlukan restu Najib

1mdb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang ke­putusan yang akan dibuat da­lam operasi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendapat restu daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib memegang jawatan utama dalam syarikat itu iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA).

Menurut bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, tindakan merujuk semua perkara kepada Najib terlebih dahulu telah menjadi amalan di syarikat terbabit.

“Ketika saya menyertai 1MDB, itu sudah menjadi amalan dan kami bergantung kepada nasihat profesional setiausaha syarikat. Jika mereka mempunyai pendapat berbeza, mereka akan melakukannya dengan cara itu,” katanya.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudian mencadangkan bahawa ia adalah tugas Loo sebagai peguam syarikat untuk memastikan 1MDB me­matuhi Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) syarikat.

Ujar peguam tersebut, pe­ngerusi BOA tidak boleh memulakan sesuatu tanpa dirujuk oleh Lembaga Pengarah terlebih dahulu yang juga selaku organ dominan dalam syarikat dan pengerusi BOA juga tidak boleh membuat keputusan tanpa meru­juknya ter­lebih dahulu kepada lembaga pengarah 1MDB (BOD).

Bagaimanapun, Jasmine ti­dak bersetuju dengan semua cadangan Muhammad Shafee dan mengulangi ketera­ngannya bahawa Najib sebagai perdana menteri Malaysia, wakil pemegang saham daripada Menteri Kewangan dan pengerusi BOA adalah individu yang sama dan satu kelulusannya ialah kelulusan bagi ketiga-tiga peranan itu.

Sementara itu, ketika dirujuk dengan keterangan bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner pada perbicaraan bekas ketua perbankan pelaburan Roger Ng di mahkamah di New York,

Jasmine menafikan bahawa beliau merupakan komponen penting dalam skandal penyelewengan tersebut.

Jasmine turut menyatakan, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai keterangan yang diberikan oleh Leissner dalam perbicaraan tersebut.

Wanita itu juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu me­ngenai keterangan Leissner yang mendakwa Jasmine pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan jumlah wang diterimanya.

Jasmine berkata demikian dalam perbicaraan kes Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana

1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN