UMT rangsang minat pelajar terhadap bidang STEM

UMT rangsang minat pelajar terhadap bidang STEM

PROF MADYA DR LAILI CHE ROSE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mengambil peluang untuk merangsang minat pelajar terhadap bidang sains dan matematik melalui program Asasi STEM. 

Pengarah Pusat Asasi STEM, UMT, Prof Madya Dr. Laili Che Rose berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai program Asasi STEM selama setahun. 

Katanya, program itu juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di UMT terutama dalam bidang sains dan teknologi.

“Kami bukan sahaja membuka peluang kepada murid lepasan SPM dari pakej STEM  malahan murid lepasan SPM pakej kesusasteraan sains iktisas juga dapat mengikuti program ini dengan syarat mendapat A bagi mata pelajaran Sains atau Sains Tambahan. 

“Dengan peluang yang diberikan ini, pelajar SPM yang bukan dari aliran STEM akan turut diberikan peluang memilih bidang STEM di peringkat Asasi, sarjana muda, master mahu pun doktor falsafah,” katanya.

Sementara itu, katanya, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ilmu sains dan matematik dalam kehidupan seharian perlu dipertingkatkan. 

Menurut beliau, pengajaran dan penjelasan mengenai aplikasi ilmu ini adalah kunci untuk membuka minda pelajar.

“Ini dapat dicapai melalui program outreach di mana pihak universiti turun padang ke komuniti sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid di peringkat sekolah rendah lagi.

“Universiti yang mempunyai kepakaran dari segi tenaga dan peralatan juga perlu bersama-samaturun padang mengajak lebih ramai komuniti sekolah memilih bidang STEM di peringkat universiti dan keluar sebagai graduan bidang Sains dan Matematik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan peranan guru-guru di sekolah rendah dalam menunjukkan kepentingan ilmu sains dan matematik. 

Katanya, pembelajaran tidak lagi berdasarkan teori semata-mata sebaliknya, ia harus mengaitkan setiap konsep yang diajar dengan kejadian sekeliling dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian. 

“Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan juga perlu diterapkan sejak awal untuk meningkatkan minat pelajar.

“Dengan inisiatif ini, Pusat Asasi STEM UMT berharap dapat merangsang minat pelajar terhadap bidang sains dan matematik, membuka pintu peluang untuk pengajian di peringkat tinggi, dan menyumbang kepada perkembangan sains serta teknologi di negara ini,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya