Tikam isteri sebelum terjatuh dari tingkat 17

Tikam isteri sebelum terjatuh dari tingkat 17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Indonesia terjatuh dari tingkat 17 di sebuah kondominium selepas menikam isterinya dalam kejadian di Setapak dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi dikatakan berlaku apabila lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai bertengkar dengan isterinya sebelum bertindak menikam dada wanita berusia 37 tahun itu.

Suspek kemudian berlari ke arah balkoni dan terjatuh dari tingkat 17 ke aras bawah berhampiran kolam renang kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati pertengkaran pada mulanya berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

“Suspek ditemukan maut berhampiran kolam renang di tingkat bawah.

“Mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya