Tidak perlu terpedaya dengan permainan jatuhkan kerajaan - Ramanan

Tidak perlu terpedaya dengan permainan jatuhkan kerajaan – Ramanan

R. Ramanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Masyarakat diminta tidak mudah mempercayai permainan ‘kebudak-budakan’ dalam dunia politik berhubung agenda pembangkang yang ingin menjatuh Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan menegaskan, beliau pernah berhadapan dengan situasi sebegitu di mana pelbagai pihak termasuk lah warga asing yang mengakui bahawa mereka mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih kerajaan negara ini.

Beliau yang juga merupakan ahli Parlimen Sungai Buloh berkata,  lebih memusykilkan lagi  bagaimana mungkin warga asing juga boleh mengakui bahawa mereka mempunyai kuasa menjadi pemimpin Malaysia. 

“Saya sebelum ini pernah berjumpa dengan kenalan lama saya yang juga merupakan warga Filipina yang mengakui bahawa diri beliau sudah mempunyai 120 SD untuk menjadi kerajaan.

“Justeru saya menyoalkan bagaimana mereka yang merupakan bukan warganegara Malaysia mempunyai SD yang mencukupi untuk menumbang kerajaan yang ada,” katanya selepas menghadiri sesi taklimat bersama SME Corporation Malaysia (SME Corp) semalam.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya  terdapat mana-mana  pihak berkata sedemikian, maka beliau mencabar mereka untuk membuktikan perkara itu di  Parlimen dan bukan setakat bercakap kosong.

Baru-baru ini, pihak pembangkang mendakwa mereka sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi bagi  menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagaimanapun jumlah SD yang diperolehi tidak didedahkan secara terperinci setakat ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga merupakan Pengerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) berkata, MITRA tidak perlu membentangkan audit berkenaan dana yang diperuntukkan bagi badan tersebut.

Jelasnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkenaan ke mana perginya hala tuju dana tersebut dengan menyemak laman sesawang www.gov.my

“Laman tersebut akan memaparkan nama-nama penerima termasuk jumlah inisiatif yang mereka dapat serta pertubuhan bukan kerajaan yang terbabit ,” katanya.

Namun begitu, bagi bahagian geran, pihak mereka masih belum mendedahkan lagi senarai peserta  di laman sesawang itu.

Sehubungan itu,  kata beliau, audit bagi dana MITRA tahun 2023, akan dilaksanakan pada tahun ini. 

Dalam taklimat berkenaan, Ramanan memaklumkan, sebanyak 134.6 juta diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif, termasuk program Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya