Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi Jepun - Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi Jepun – Wisma Putra

SEBUAH rumah runtuh berikutan gempa bumi di Wajima, Jepun, hari ini.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi yang melanda kawasan tengah
dan barat Jepun hari ini.

Perkara itu disahkan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang ketika ini sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana alam itu

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden gempa bumi ini.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wisma Putra berkata, sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, WIsma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo pada butiran yang diberikan di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo
Alamat : 20-16, Nanpeidai-cho,
Shibuya-ku,
150-0036 Tokyo

No. Telefon : +81-3-3476-3840
+8180-3913-3840 (kecemasan)

Emel : [email protected]
[email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya