Tarif air Selangor naik 1 Februari - Utusan Malaysia

Tarif air Selangor naik 1 Februari

Tarif air
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas merasmikan majlis graduasi Selangor Digital School AI Lab di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor akan menaikkan tarif air pada kadar 22 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Februari ini selaras dengan kebenaran kerajaan untuk memastikan modal dan pelan perniagaan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Berdasarkan purata kadar tersebut, pengguna di negeri ini bakal mengalami peningkatan antara RM1 hingga RM6 sebulan bergantung kepada penggunaan keperluan asas itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semakan dan kenaikan tarif air sudah pun dimaklumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

“Sebagaimana saya maklumkan, memang kenaikan tarif air (perlu) bagi segi modal perniagaan Air Selangor untuk tahun-tahun tertentu.

“Semalam kita (kerajaan negeri) memanggil Air Selangor bagi menjelaskan kesan kenaikan air yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya selepas menyempurnakan majlis graduasi Selangor Digital School, hari ini.

Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan perkara itu akan dimaklumkan menerusi kenyataannya pada petang ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan membenarkan negeri-negeri Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan menaikkan tarif air sehingga 22 sen bagi setiap meter padu terhadap pengguna domestik bermula 1 Februari ini.

Ia merupakan kenaikan pertama membabitkan beberapa negeri sejak empat dekad khususnya Pahang yang masih mengekalkan tarif air sejak 42 tahun lalu manakala Pulau Pinang pula kali terakhir berbuat demikian pada 31 tahun lalu.

Tarif air baharu itu, jika dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri akan melibatkan peningkatan bil air antara RM1.60 hingga RM8 sebulan bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu (m3).

Amirudin pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu mengulas isu semakan tarif air yang didakwa dibuat dalam masa enam bulan pada tahun ini.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang jadualnya diperoleh dalam tempoh tersebut selepas persetujuan SPAN.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan kerajaan negeri akan mengambil langkah bagi mengurangkan beban rakyat negeri yang terkesan akibat kenaikan tersebut.

“Kita dapati 49 peratus pengguna (pemilik akaun air) di Selangor yang akan terkesan (dengan kenaikan ini). Saya juga akan memaklumkan beberapa langkah termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) diteruskan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya