Tanggapan samakan Pas dengan Taliban silap - Utusan Malaysia

Tanggapan samakan Pas dengan Taliban silap

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan sebarang tanggapan yang menyamakan parti itu dengan Taliban atau seumpamanya adalah satu kesilapan.

Beliau berkata, ada juga yang beranggapan Pas sebuah parti ekstrimis dan mempunyai rasa prejudis lalu menyamakan Pas dengan parti Islam lain di dunia ini.

“Ini 100 peratus tidak benar sama sekali.

“Di Malaysia, kita amat memahami struktur masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian etnik serta agama dan Pas merupakan parti yang sudah relevan serta boleh diterima oleh masyarakat dalam negara ini.

“Pas mempunyai potensi untuk menjadi sebuah parti Islam yang moden,” katanya dalam satu posting di Facebook rasminya, hari ini.

Selain itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteei Bessmar Terengganu berkata, Pas adalah sebuah parti yang amat memahami untuk menjadikan Malaysia, negara yang terbaik dan semua pihak perlu bekerjasama sebagai warganegara Malaysia.

“Pas kini bukan lagi ‘parti kampung’ dan ia sebenarnya lebih dari hanya sekadar parti. Kami sudah berada sejauh ini dan akan terus bergerak ke hadapan.

“Pas juga bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi kami mempunyai ahli dan penyokong yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang mendokong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman menambah, selama ini ada yang beranggapan Pas adalah sebuah parti yang tidak mempunyai ramai golongan teknokrat.

Menurutnya, tanggapan itu adalah salah kerana sebenarnya Pas mempunyai ramai ahli yang datang dari pelbagai bidang dan latar belakang.

“Namun, kebanyakan daripada mereka tidak menonjol ke depan, sebaliknya amat berperanan di belakang tabir dan terlibat dalam menyusun atur strategi untuk Pas terus bergerak ke hadapan.

“Saya merupakan salah seorang yang pernah menjadi sebahagian daripada mereka sebelum diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum tahun 2018,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya