SPRM tidak siasat Ketua Setiausaha Negara - Azam Baki

SPRM tidak siasat Ketua Setiausaha Negara – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat siasatan dilakukan terhadap Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali seperti didakwa di media sosial.

Azam berkata, dakwaan media sosial ketua setiausaha negara disiasat atas dakwaan memiliki beberapa hartanah adalah tidak benar.

“Ia palsu, tiada perkara seperti itu,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, pengguna media sosial di platform X mendakwa sumber dari pejabat Zuki mengesahkan beliau disiasat melibatkan pelbagai isu.

Dalam hantarannya, pengguna itu menyenaraikan beberapa dakwaan tidak wajar dilakukan Zuki sehingga membawa kepada penyiasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN