PETALING JAYA: Seorang bekaspemimpin tertinggi kerajaan dan ketua setiausaha sulit dipercayai akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit. Beliau antara bekas pemimpin tertinggi kerajaan yang sedang disiasat SPRM kerana disyaki memiliki aset, perniagaan daripada hasil meragukan. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tumpuan siasatan yang dijalankan SPRM juga memberi perhatian terhadap kekayaan dimiliki ahli keluarga bekas pemimpin tertinggi…