Seorang anggota polis direman seminggu kes ugutan jenayah rakan - Utusan Malaysia

Seorang anggota polis direman seminggu kes ugutan jenayah rakan

Ugutan jenayah
MOHD. Shuhaily Mohd. Zain bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan rampasan barangan dalam Ops Latin pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang anggota polis direman seminggu bagi membantu siasatan kes mengugut dua anggota lain di Subang Jaya kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

“Kes melibatkan anggota polis itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah). Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, ugutan jenayah itu tular menerusi satu laporan polis mengenai kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi kelmarin.

Anggota polis yang bertugas di daerah Shah Alam itu didakwa mengeluarkan kata-kata ugutan ke atas dua anggota polis lain yang bertugas di Subang Jaya.

Ugutan jenayah itu dilakukan selepas suspek disiasat kerana terlibat kes dadah dibawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Mengulas lanjut, tegas Mohd. Shuhaily, tiada sesiapa termasuk anggota polis boleh melebihi undang-undang yang ditetapkan

“Kes berkenaan boleh disiasat dan masih dijalankan sehingga kini,” ujarnya. – UTUSAN

MOHD. Shuhaily Mohd. Zain bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan rampasan barangan dalam Ops Latin pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. – UTUSAN / SADDAM YUSOFF

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya