Saya pun bayar cukai, rakyat lain jangan culas - Anwar

Saya pun bayar cukai, rakyat lain jangan culas – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau juga seperti rakyat biasa, malah turut membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi barangan yang diterimanya dari luar negara.

Perdana Menteri berkata, walaupun boleh merayu untuk tidak membayar cukai berkenaan sebagai kapasiti sebagai Perdana Menteri, namun beliau memilih untuk tidak melakukannya.

“Tahun lalu selepas beberapa bulan menjadi Perdana Menteri, sahabat lama saya orang Arab menghadiahkan saya satu tong minyak zaitun. Malah, dia (sahabat) tiap-tiap tahun bagi kat saya.

“Tetapi tahun ini, JKDM Cawangan Klang kenakan cukai RM500 kepada saya. Saya kata saya bukan meniaga, tapi saya tidak mahu rayu.

“Saya nak bagi contoh, kalau Perdana Menteri pun kena bayar cukai, rakyat lain pun jangan menipu (culas bayar cukai),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia 2024 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau menempelak segelintir orang kenamaan yang membuat pembelian beratus juta tetapi mengelak untuk membayar cukai kepada JKDM.

Beliau berkata, beliau hanya menggunakan minyak zaitun itu untuk kegunaan sendiri dan bukannya untuk berniaga, namun beliau tetap membayar cukai kerana mahu memberi contoh baik kepada rakyat.

“Saya ingin rakamkan penghargaan kepada warga JKDM di atas perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Saya tabik anda,” katanya.

Pada masa sama, beliau memuji tindakan pantas JKDM membanteras aktiviti penyeludupan dadah yang mencecah jumlah yang besar.

“Jika ketegasan ini dapat dilakukan maka, saya beri jaminan bonus untuk warga JKDM akan lebih baik tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya