Sahabat Alam gesa henti beri kelulusan projek di Cameron Highlands

Sahabat Alam gesa henti beri kelulusan projek di Cameron Highlands

R. MEENAKSHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa menghentikan kelulusan untuk semua jenis projek termasuk pembangunan pertanian dan pembinaan baharu di kawasan sensitif di Cameron Highlands, susulan satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di situ, semalam.

Presiden SAM, R.Meenakshi berkata, pihak berkuasa juga perlu menjalankan semakan menyeluruh terhadap kelulusan pembangunan yang diberikan sebelum ini di kawasan tanah tinggi tersebut.

“SAM sangat kecewa apabila mengetahui mengenai kejadian tanah runtuh di Blue Valley di Cameron Highlands, yang menyebabkan empat orang tertimbus setakat ini.

”Walaupun punca tanah runtuh belum dapat ditentukan, SAM sangat bimbang dengan projek di kawasan bukit di Cameron Highlands yang semakin banyak dilihat Ia lebih membimbangkan terutama ketika hujan lebat,” katanya di sini, semalam.

Menurut Meenakshi, pada Januari tahun lalu, Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengarahkan supaya kajian semula semua projek di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands dijalankan kerana Seri Paduka bimbang berlaku bencana berikutan hujan lebat.

”Baginda menyuarakan kebimbangannya tentang pembukaan tanah bukit secara meluas untuk pertanian dan projek-projek lain dan menggesa untuk mengkaji semula semua kelulusan.

“Namun nampaknya arahan daripada pihak berkuasa tertinggi negara ini juga tidak diendahkan. Langkah segera mesti diambi pihak berkuasa untuk memulihkan cerun berisiko dan tindakan pencegahan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan tanah runtuh dan kegagalan cerun berlaku pada masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN