Rejimen Sempadan semakin matang selepas 16 tahun - Utusan Malaysia

Rejimen Sempadan semakin matang selepas 16 tahun

AZHAN MD. OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Rejimen Sempadan (RS) semakin matang serta dapat mengadaptasi pelbagai perubahan secara drastik yang telah berlaku dalam menggalas tanggungjawab sebagai barisan hadapan pertahanan negara.

Pengerusi RS, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md. Othman menyeru kepada warga RS agar memperhalusi serta menghayati Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang menyentuh tiga aspek penumpuan iaitu ‘Man, Machine dan Methode’.

“RS telah berusia 16 tahun pada 12 Januari 2024 kini dilihat semakin matang serta dapat mengadaptasi pelbagai perubahan secara drastik yang telah berlaku meliputi tiga perkara iaitu gerakan, pentadbiran dan logistik.

“Menyentuh mengenai Perkara Gerakan, RS kini telah didedahkan dengan pelbagai penglibatan operasi sama ada dalam negara mahupun luar negara serta telah diberi peluang untuk turut serta dalam operasi misi pengaman,” katanya semasa ucapan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) RS ke-16 di Padang Kawad Markas 30 Briged Infantri, Kem Bukit Cowder di sini hari ini.

Turut hadir Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim, Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Kamarulzaman Mohd. Yunos dan Pengarah Infantri, Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol.

Menurut Azhan yang juga Panglima 2 Divisyen, dari sudut pentadbiran pula, penglibatan warga RS dalam menghadiri kursus kerjaya mahupun kursus fungsional dan penglibatan dalam sukan dilihat semakin cemerlang.

“Selain itu, menyentuh kepada perkara logistik, kelengkapan keupayaan persenjataan serta infrastruktur RS juga sedang giat dijalankan oleh Tentera Darat.

“Jadi saya berkehendakan agar warga RS lebih cakna dengan peradaban professional berlandaskan Ikrar Kesatria dalam menjalani rutin seharian,” ujarnya.

Dalam pada itu, perbarisan sambutan HUT RS ke-16 melibatkan empat detasmen dengan kekuatan 23 pegawai dan 202 anggota lain-lain pangkat dari pasukan Rejimen Sempadan di Wilayah 1 dan Wilayah 2.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RS, Leftenan Kolonel Mohd. Ezrin Daud diiringi oleh pancaragam gabungan daripada Batalion Ke-4 RS dan Batalion Ke-4 Rejimen Renjer Diraja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya