Pusat Kanser Sunway naik taraf penjagaan kanser konvensional

Pusat Kanser Sunway naik taraf penjagaan kanser konvensional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) di sini melakar pencapaian baharu menerusi pelancaran Pusat Kanser Sunway yang dilengkapi pelbagai kemudahan bertaraf dunia.

Pusat Kanser berkeluasan separuh saiz padang bola sepak itu dilengkapi jabatan radioterapi terbesar, pusat kemoterapi harian, pusat pemindahan sumsum tulang dan jabatan perubatan nuklear.

Ketua Pegawai Eksekutif SMC, Dr. Seow Vei Ken berkata, menerusi pencapaian itu ia merupakan satu lagi kecemerlangan yang dilakar sekali gus menggariskan komitmen terhadap kecemerlangan dan inovasi.

“Kami berbangga dengan penubuhan Pusat Kanser Sunway kerana membuktikan komitmen dalam memacu kecemerlangan di SMC yang terkenal sebagai hub inovasi.

“Pusat Kanser ini menzahirkan tekad kami dalam menyediakan penjagaan holistik yang berpusatkan pesakit. Wawasan kami adalah untuk memastikan hasil optimum melalui pendekatan yang mengintegrasikan kaedah rawatan, teknologi dan perkhidmatan sokongan terkini.

“Pusat Kanser ini bukan sekadar satu kemudahan biasa, ia merupakan satu anjakan paradigma dalam cara kita menangani kanser Dengan pasukan pelbagai disiplin yang khusus, teknologi canggih dan pendekatan penjagaan yang menyeluruh, pusat ini menetapkan piawaian baharu untuk rawatan kanser yang komprehensif,” katanya semasa menyampaikan ucapan di SMC, baru-baru ini.

Teknologi yang digunakan di pusat ini merangkumi Varian TrueBeam dan Leksell Gamma Knife Icon untuk rawatan dan penjagaan kanser yang tepat hingga kepada teknologi diagnostik seperti CT dos rendah, teknologi imbasan PET/CT digital, profil genoim komprehensif (CGP) dan DNA tumor beredar (ctDNA).

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusat Kanser Sunway, Dr. Heng Siew Ping berkata, pusat berkenaan melangkaui penjagaan kanser konvensional dengan memupuk sokongan emosi dan psikologi menerusi pelbagai penjagaan holistik serta inisiatif komuniti.

Ini katanya, termasuk program rakan kanser yang menggandingkan pejuang kanser dengan pesakit secara sukarela bagi memberikan sokongan emosi dan psikologi kepada individu yang menjalani rawatan kanser.

“Selain itu, ada kerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan, mesyuarat lembaga tumor mingguan, ujian klinikal secara aktif, perkhidmatan sokongan dan penjagaan paliatif.

“Di pusat ini, kami berperanan sebagai pembimbing dalam menghadapi cabaran hebat menawarkan hasil rawatan terbaik kepada pesakit sepanjang perjalanan kanser mereka. Kami yakin kanser bukanlah titik akhir hayat seseorang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya