Purata tarif air Melaka naik 16 sen per meter padu

Purata tarif air Melaka naik 16 sen per meter padu

AB. RAUF Yusoh bercakap dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di Melaka berkuat kuasa 1 Februari ini adalah sebanyak 16 sen bagi setiap meter padu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kenaikan itu adalah yang keempat terendah di negara ini di mana purata kenaikan tarif kategori domestik di Semenanjung adalah 22 sen per meter padu.

Katanya, caj minima untuk kategori domestik kediaman dinaikkan dari RM6 kepada RM8.70 manakala tarif di bawah 20 meter padu meningkat dari 60 sen kepada 87 sen bagi setiap meter padu.

“Untuk penggunaan antara 21 hingga 35 meter padu, naik dari 95 sen kepada RM1.52 bagi setiap meter padu manakala penggunaan melebihi 35 meter padu naik dari RM1.45 kepada RM2.02.

“Caj minima untuk kategori domestik meter pukal perumahan pula kekal RM25, namun tarif air naik dari RM1.80 kepada RM2.07 bagi setiap meter padu. Semua ini sudah termasuk 7 sen caj elektrik per meter padu,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, kira-kira 150,000 pengguna akaun domestik atau 51 peratus pengguna berhemah tidak akan terjejas secara signifikan walaupun tarif air dinaikkan sebanyak 27 sen bagi setiap meter padu.

Jelasnya, ini kerana peningkatan bil adalah minimum iaitu antara RM2.70 hingga RM5.40 sebulan.

“Kali terakhir pelarasan tarif domestik dilaksanakan di Melaka adalah pada April 2011 iaitu 13 tahun yang lalu dan bermula 1 Februari 2024, berkuat kuasa pelarasan tarif baharu bersama dengan caj elektrik sebanyak 7 sen setiap meter padu kepada semua kategori pengguna.

“Ia melibatkan sebanyak 297,000 akaun pengguna domestik dan 46,000 akaun pengguna bukan domestik.

“Hal ini adalah bagi membolehkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mengatasi perubahan kos elektrik disebabkan oleh surcaj pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya