Polis rekod 200 keterangan siasat pembunuhan Zayn Rayyan - Utusan Malaysia

Polis rekod 200 keterangan siasat pembunuhan Zayn Rayyan

Pembunuhan Zayn Rayyan
MOHD. Shuhaily Mohd. Zain berucap program Townhall di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 200 keterangan pelbagai individu direkodkan polis berhubung insiden pembunuhan kejam kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin yang merupakan proses siasatan di dua buah blok Apartment Idaman di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, bagaimanapun pihaknya masih menilai bahan bukti yang dikumpul berhubung kes tersebut. 

“Macam saya cakap tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat dan masih di lapangan dan berjumpa dengan masyarakat setempat sama ada mereka ada tertinggal sebarang maklumat, sekecil mana pun.

“Lebih 200 orang kita panggil berikan keterangan daripada awal-awal kita sudah scan dua-dua blok, jadi memang ramai,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Allahyarham Zayan Rayyan pada 6 Disember lalu dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya pada pukul 10 malam.

Susulan itu, hasil penemuan bedah siasat pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 (bunuh) selepas menemui kesan kecederaan mempertahankan diri dan kecederaan pada bahagian leher mangsa.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mohd. Shuhaily memaklumkan polis sedang giat mengesan suspek terlibat dalam kegiatan sindiket ah long yang menyimbah cat di rumah jiran peminjam dekat kawasan perumahan di Gombak.

“Kes along tersebut mempunyai dua elemen iaitu semasa dia memberikan pinjaman dibawah kesalahan jenayah komersial dan apabila dia mengkhianati dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan sudah memasuki elemen kita (JSJ).

“Selalunya melibatkan along mungkin ada kaitan dengan kongsi gelap,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya