Perunding perniagaan didakwa kes ubah wang haram RM53,144

Perunding perniagaan didakwa kes ubah wang haram RM53,144

Khairul Khuzaini dibawa anggota polis selepas prosiding pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang perunding perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh pertuduhan melupus dan memindahkan wang hasil pengubahan wang haram bernilai RM53,144, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Khuzaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melupuskan wang berjumlah RM22,254 dan memindahkan RM30,890 yang kesemuanya hasil aktiviti wang haram.

Kesemua itu dilakukan menerusi akaun miliknya dan tiga akaun individu lain berusia 26 hingga 58 tahun di sebuah bank di Pandamaran, Klang antara 13 April hingga 15 Mei 2021.

Justeru, dia didakwa mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasanan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana-mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Julianazriana Jaafar mencadangkan jaminan RM50,000 bersama seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Namun, Peguam Sabrina Mohd. memohon pengurangan kepada RM15,000 berikutan anak guamnya tiada pendapatan tetap sebagai perunding perniagaan dan mempunyai asma selain menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM35,000 bersama penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Tertuduh membayar jaminan berkenaan.

Difahamkan, Khairul Khuzaini dibawa pegawai polis ke Kelantan dipercayai bagi siasatan menyalahgunakan identiti kerabat Diraja Kelantan untuk mengiklankan pelaburan emas.

Pada 27 Julai 2021, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu pelakon, Datuk Fizz Fairuz berhubung projek pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya