PBT Selangor: Kuota ahli majlis untuk BN masih ada - Utusan Malaysia

PBT Selangor: Kuota ahli majlis untuk BN masih ada

Ahli majlis PBT
NG Suee Lim ditemui pemberita dalam sidang akhbar dekat pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kuota keanggotaan ahli majlis di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini masih dibuka kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengisi kekosongan tersebut meskipun parti itu mengembalikannya semula kepada Pakatan Harapan (PH).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, kuota 20 kerusi masih terbuka kepada BN dan komponennya meskipun 11 PBT sudah pun selesai mengadakan angkat sumpah pada bulan ini.

“Meskipun ahli majlis di 11 PBT sudah pun mengangkat sumpah, namun masih ada kekosongan untuk BN dan komponennya. Kekosongan tersebut pula tidak semestinya perlu diisi segera, mereka boleh mengisinya pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, beliau menghormati pendirian dan permintaan dibuat oleh kepemimpinan UMNO Selangor khususnya berhubung kuota ahli majlis serta pelantikan 373 ketua-ketua kampung dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri.

“Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka mengadakan mesyuarat Kerajaan Perpaduan peringkat negeri dalam masa terdekat dan mereka (termasuk UMNO) akan putuskan mengenai kedua-dua perkara tersebut.

“Sebagai anggota kerajaan negeri, saya menghormati permintaan parti rakan kerjasama (BN) dan saya pasti tidak ada satu penyelesaian terbaik, namun tetapi keputusan yang akan dicapai diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak,” jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan 20 kuota ahli majlis PBT yang diberikan kepada parti itu dikembalikan semula dan meminta untuk terlibat dalam pelantikan Pengerusi JPKK.

Bagaimanapun, perkara tersebut belum diputuskan secara muktamad oleh PH dan BN di negeri ini menyebabkan timbul dakwaan berlaku pertembungan antara kedua-dua blok itu terutama di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, Suee Lim turut memaklumkan sehingga kini hanya Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang masih belum menyelesaikan proses angkat sumpah pelantikan ahli majlisnya.

“Hanya MPK belum selesai tetapi perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana PBT itu kini sedang dalam fokus kepada kerja-kerja naik taraf daripada perbandaran kepada bandaraya yang dijangka dirasmikan pada 5 Februari ini.

“Walaupun ahli majlisnya belum angkat sumpah, namun naik taraf tersebut masih boleh dilakukan. Malah, angkat sumpah ahli majlis yang baharu juga boleh dilakukan selepas proses naik taraf. Kelewatan lantik ahli majlis baharu tak ganggu proses naik taraf,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya